IKSnita bantu usahawan wanita Sabah berdaya saing

Banyak produk di Sabah mungkin untuk dikomersilkan termasuk rumpai laut yang mengandungi kolagen berkualiti tinggi, dan sarang burung walit asli dari buah gua yang mengeluarkan sarang burung asli.

Di Sabah juga ada mutiara terbaik dan rantai manik yang dihasilkan suku kaum Kadazan Dusun sebagai barang perhiasan dan cenderamata.

Menyedari potensi produk Sabah yang paling sering digunakan wanita, Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Bumiputra Sabah (IKSnita) mengambil inisiatif mengumpulkan usahawan-usahawan wanita seluruh Sabah berdaya saing dalam bidang perniagaan.

Pengasas IKSnita, Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal, 59, berkata, badan bukan kerajaan (NGO) itu ditubuhkan untuk terlibat dalam agenda pembangunan usahawan wanita transformasi zero to hero dalam pelbagai sektor termasuk pembuatan, perkilangan dan perkhidmatan.

“Sebagai contoh, saya jumpa orang Australia membeli rantai manik kecil pada harga USD600 di Singapura. Walhal di tempat kami hanya boleh menjual RM20 hingga RM30 sahaja. Karena itu saya selalu bawa usahawan berniaga di luar negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Untuk menembus pasaran luar negara katanya, wanita perlu kemahiran penceritaan atau storytelling menjadikan pemasaran lebih menarik.

“Untuk itu kajian perlu dibuat untuk mendapatkan kisah di sebalik produk yang ingin dipersembahkan.

“Sebagai contoh dalam usaha memperkenalkan produk sarang burung Sabah di China, saya mengambil kisah Laksamana Cheng Ho yang pernah datang ke Gua Gomantong di Sandakan mengambil sarang burung untuk mengubati Maharajanya yang sakit.

“Penceritaan pun salah satu kaedah pemasaran juga. Kena belajar pasal itu (produk), bila ingin promosi produk tempatan. Ini yang saya tingkatkan dalam kalangan ahli IKSnita,” katanya yang aktif sejak lebih dari sepuluh tahun lalu dalam IKSnita.

Luar negara

Kata Dayang Khatijah, pendedahan beliau memperolehi semasa dibawa ke Jepun 15 tahun lalu, digunakan membantu usahawan wanita memasarkan produk untuk membawa mereka ke Singapura, Dubai, China dan Filipina sebelum memorandum persefahaman (MOU) di sana.

Mengakui pemasaran fizikal sangat penting, kerana ia lebih baik daripada dalam talian, namun disebabkan Covid-19, tiada pilihan yang dilakukan secara digital.

Wanita perlu berdaya sayang

TOKOH Wanita Negeri Sabah 2010 ini tertarik pada kepentingan pribadi bukan sahaja wanita berdaya malah, dalam hal yang lebih mesra iaitu ‘berdaya’.

Dayang Khatijah menjelaskan, penglibatan wanita ini lambat, kerana ada yang berdaya saing sahaja dan kurang berdaya sayang.

“Ada juga yang berdaya berdaya sayang banyak hal sampai tidak boleh berdaya saing. Jadi, wanita perlu seimbang,” katanya.

Sebagai aktivis beliau bertanggung jawab menjadi penyampai informasi kerajaan wanita di seluruh pelusuk negeri Sabah, terutama usahawan luar bandar yang jauh dari capaian infomasi.

“Memandu dari Kota Kinabalu ke Sandakan, mengambil masa hingga tujuh, ke Tawau pula ambil masa selama 10 jam,” ujarnya membayangkan luasnya kawasan yang perlu beliau dan IKSnita liputi di negeri kedua terbesar di Malaysia itu.

Ibu kepada enam orang anak ini mengembara sehingga ke Singapura dalam pengalaman berkongsi dan kisah kejayaan sepanjang penglibatannya di perniagaan.

usahasama dengan Singapore Malay Chamber of Commerce, beliau terlibat dengan wanita di negara republik itu termasuk melalui ucapan sekitar penglibatannya sebagai wanita bekerjaya.
Menceritakan pengalamannya sebagai usahawan, jelasnya dimulai agak lewat di bidang keusahawanan iaitu pada umur 35 tahun.

Memiliki pengalaman bekerja dalam pelbagai sektor termasuk perhotelan, perbankan dan perhubungan awam sebelum terjun ke bidang keusahawanan.

“Produk keusahawanan pertama saya adalah rumpai laut Sabah yang saya usahakan sejak 15 tahun lalu.

“Waktu itu, saya salah seorang usahawan seluruh negara dibawakan Kementerian Pembangunan Usahawan ke Jepun untuk program ‘1 kampung, 1 produk’.

“Saya seorang sahaja dari Sabah pada waktu itu. Masa itu keusahawanan ini orang fikir adalah makcik jual keropok sahaja.

Namun kini keusahawanan semakin diterima apabila semakin ramai berani ‘terjun’ ke bidang ini sebagai satu pekerjaan yang sebaliknya, bukan sebaliknya ‘jual kuih’ sahaja,” katanya.